Berita
Mesyuarat Agung (MA) PIBG SMKPO kali ke-20 telah diadakan pada 4 April 2009(Sabtu) lepas. Mulai jam 7.00 pagi lagi ibu bapa dan guru-guru mulai hadir dan disambut oleh AJK Protokol Ibu Bapa. Sementara menunggu pendaftaran dibuka jam 7.30 pagi mereka yang hadir dipersilakan menikmati sarapan pagi. Kaunter pendaftaran yang diketuai Ust. Zaimuddin Hassan dan AJKnya membuka pendaftaran sekitar jam 7.35 pagi dan ibu bapa serta guru-guru mulai mendaftarkan diri. Untuk maklumat ibu bapa semasa mesyuarat tersebut mereka dibekalkan fail poket yang mengandungi set laporan PIBG, broser maklumat dan lain-lain.
Kehadiran ahli PIBG cukup membanggakan, di mana seramai 317 orang yang hadir (139 lelaki dan 178 perempuan). Dijangkakan kehadiran ibu bapa akan lebih ramai sepatutnya, tetapi pada hari yang sama ada sebahagian ibu bapa yang terpaksa menghadiri program di SK Pekan dan beberapa acara yang dijalankan serentak pada hari tersebut. Walaupun begitu pihak PIBG dan sekolah berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru-guru pada hari itu.
MA kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua sekolah. Sebagai makluman AJK Pelaksana cuba untuk menjemput YB, DO/ADO dan PPD, namun mereka tidak hadir pada tarikh tersebut kerana ada komitmen lain.
Selepas perasmian, majlis berhenti rehat seketika dan hadirin didisediakan minuman pagi. Sebelum itu, AJK PIBG sesi 2006/07 diberikan sijil penghargaan oleh pihak sekolah dan AJK Pengelola mesyuarat juga mendapat sijil penghargaan daripada PIBG. Sijil Penghargaan ini disampaikan oleh Pengetua dan YDP.
MA telah dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan YDP iaitu Tn. Hj. Tariff Hj. Tahir mengalu-alukan kehadiran ibu bapa. Diteruskan dengan agenda pengesahan minit mesyuarat (pencadang: En. Kasa Saidi, Sokongan:En. Dorjat Arsat), perkara berbangkit. Diikuti dengan Laporan Setiausaha (Pencadang:En. Kasa Saidi, Sokongan: En. Jabli Lasong), sementara Laporan Bendahari dibacakan juga oleh SU kerana Bendahari tidak dapat hadir. (Pencadang: En. George Balang, Sokongan:En Kasa Saidi). Ahli minta format laporan Bendahari dalam bentuk yang lebih ringkas. MA kali ini juga tidak ada usul yang dibahaskan.
Sebelum dilanjutkan dengan pemilihan AJK PIBG baru terlebih dahulu YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2006/2007 dengan rasminya tepat jam 11.00 pagi. Untuk menneruskan agenda pemilihan dan pengundian AJK PIBG sesi 2009/2010, hadirin melantik pengetua sebagai Pengerusi Sementara dan pencatatnya diminta mantan SU PIBG (En. Sulaiman Che Othman) untuk mencatat.
Pengerusi sementara memaklumkan jawatan yang akan dipertandingkan/dipilih ialah YDP, NYDP dan AJK Ibu Bapa (8 orang) mengikut zon. Sementara Jawatan SU, Pen SU, Bendahari dan AJKGuru akan dilantik oleh sekolah kemudian.
AJK PIBG sesi 2009/2010
Penasihat : Pengetua
(Hj. Muhammad bin Hj. Abdullah)
Yang Di-Pertua : Hj. Shafie Matzain
N. Yang Di-Pertua : En. Kassim Muntol
Setiausaha : En. Sulaiman Bin Che OThman
Pen. Setiausaha : En. Raymond Dugoh @ Redwan Abdullah
Bendahari : Pn. Zuraini Muhammad
Ahli Jawatankuasa:
A. AJK Ibu Bapa :
En. Kasa Saidi
En. Semion Sakai
En. Goven Jablee Lasong
En. Kurus Semunggang
En. Rahim Honibis
Pn. Nauyah Abdullah
Pn. Amuilin Junsin
B. AJK Guru
En. Mohd Yuslin Hj. Md. Yusoff
En. Zainal Samidi
En. Kula Hj. Mamit
En. Mohd Yakof Md. Asman
Pn. Hjh Rosni abdullah Chung
Pn. Siti Hamida Ahmad
En. Robert Taringan
Juru Audit Dalaman:
En. Clarence Jews
En. Mohd Azhafitri Che Ani
Galeri
Masih dalam proses edit…tunggu…!!
Komen Kiriman Yang Terkini