Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung. Terima kasih kerana mengunjungi laman web MySMPO.

Selamat Datang ke SMKPO Sipitang Sabah

Selamat Datang ke SMKPO Sipitang Sabah

Ini laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang, Sabah.

Sekolah ini tergolong dalam kumpulan Sekolah Bestari Perdana kerana telah termasuk dalam Projek Rintis Sekolah Bestari sejak tahun 1999. Bermula pada tahun 2007, sekolah ini juga menjadi sebahagian daripada kelompok Sekolah Impian negeri Sabah.

Ini laman web rasmi pertama yang disempurnakan keseluruhan aspeknya, dan diusahakan sendiri oleh warga sekolah ini. Portal rasmi sekolah ini sebagai Sekolah Bestari, yang bersepadu dengan portal Sekolah-sekolah Bestari lain, boleh anda kunjungi di sini: Portal Web SMKPO XEA6201.

Sebagai catatan kita bersama, laman web ini dengan nama timangan “MySMPO” dan bernama domain “smkpo.edu.my” mula berada di talian Internet pada 16 Mei 2008 (Anda tahu apakah perayaan penghargaan yang disambut pada tarikh tersebut di Malaysia?).

Sudi-sudilah mengunjungi halaman-halaman maklumat, berita dan artikel yang kami sediakan, dan kami mempersilakan anda menulis sepatah dua kata di ruangan komen. Jangan lupa juga tinggalkan sapaan anda kepada warga sekolah ini di Ruangan Menyapa. Jika anda ingin berbincang, jomlah ke ruangan JomBincang. Album sekolah dan bahan-bahan yang kami kongsi untuk dimuat turun ada di Balai MySMPO. Lebih elok lagi sekiranya anda turut berdaftar dengan MySMPO ini, agar warga sekolah ini lebih mengenali diri anda. Banyak lagi faedah lain yang boleh merapatkan hubungan siber antara kita jika anda mengemaskinikan profil diri anda setelah anda berdaftar dengan MySMPO.
Baiklah, selamat melayari MySMPO.

Berita Semasa & Artikel

Halaman 3 daripada 3«123